Wednesday 7 January 2015

Permulaan Idea Bengkel Bijak Belajar


Inilah PUNCA bermulanya Bengkel Bijak Belajar (BBB)

Pada tarikh keramat 27hb Nov 2014 Group Whatsapp Ibubapa yang ada anak lahir 2003 ditubuhkan.

Kemudian pada 9hb Dec 2014 saya melontarkan pula idea BBB.

"14:27, 9 Dec - HT Amir: SELINGAN : SURVEY

Boleh nyatakan lokasi NEGERI anda. Saya bercadang nak buat SEMINAR TEKNIK BELAJAR untuk anak2 group ini. Lokasi akan bergantung kpd dimana paling ramai ahli. Kos tempat kita akan kongsi atau sesiapa yg ada tempat FREE lagi bagus. Kekerapan SEMINAR ni 2 bulan sekali. 8am sampai 5pm. Sekali dgn makan. "

Dari CADANGAN semata-mata, kemudian terus disambut oleh ahli group dan selepas itu kami tidak menoleh ke belakang lagi.