Friday 31 July 2015

Jangan GALAK SANGAT nak gunakan IDIOMS dalam essay BI UPSR!



Jangan GALAK SANGAT nak gunakan IDIOMS dalam essay BI UPSR!
=====================================================

Yes! Itulah nasihat saya.

Tolong beritahu anak agar JANGAN gunakan idioms dalam essay BI jika tujuannya SEMATA-MATA nak dapat markah yang lebih tinggi!

Niat itu mungkin akan memakan diri sendiri. Anak mungkin teruja dan bangga dengan diri sendiri yang kononnya banyak menggunakan idioms dalam essay tetapi pemeriksa kertas soalan belum tentu impressed.

Tapi, bukankah itu yang cikgu BI yang hebat pernah sebut dan suruh buat?

Ya, betul, tapi ada SYARATNYA.

Syarat-syaratnya adalah:
1) Grammar anak dah hampir perfect kalaupun belum perfect 100%
2) Tenses anak dah tiada mistakes

dan yang paling penting....

3) Anak TAHU dan FAHAM cara dan KONTEKS nak menggunakan sesuatu idioms itu.

Contohnya, bila menulis tentang jarak yang dekat, anak selalu menggunakan "the place is just a stone throw away from my house".

Tetapi itu salah. Ada apostrophe 's' yang hilang. Sepatutnya "the place is just a stone's throw away from my house"

Kesilapan seperti itu hanya menunjukkan kelemahan, bukan kekuatan. Itu baru isu tanda baca. Masih boleh dimaafkan. Tetapi jika sudah beberapa kesalahan begitu, pasti akan AFFECT markah keseluruhan.

Yang lebih parah jika anak tersilap guna idioms untuk perkara yang lain. Dia maksudkan lain, dia guna idioms yang lain.

Saya kasihan tengok anak-anak yang masih struggling nak kuasai konsep grammar terutamanya tenses dan penguasaan Vocab mereka masih lemah, tetapi diberikan harapan palsu bahawa markah mereka akan naik jika banyak menggunakan idioms.

Maaf, ini pendapat saya. Saya menulis berdasarkan pengalaman saya. Mungkin anda tidak bersetuju, tetapi saya tetap bertegas dengan pendapat ini.

Jika anda seorang guru BI, saya mengalu-alukan pendapat dan perkongsian pengalaman anda pula. Jika anda seorang ibu bapa, jangan marah saya jika anda terasa dengan posting ini. Tidak perlu marah. Anda hanya perlu bertanya pada guru BI anak anda. Jika beliau kata GO AHEAD, then by all means, teruskanlah.

Itu sahaja. Maaf sekiranya posting ini tidak menyenangkan sesiapa.....

Sekian.

p/s: Jadi apakah pendapat tuan Tuan HT Amir? Well, pada pendapat saya, Idioms ni boleh digunakan, jika anak sudah benar-benar menguasai grammar dan vocab BI. Jadi dia akan faham konteks penggunaan idioms tersebut. Yang saya bimbangkan, dahlah basic sentence yang maknanya straightforward pun dia tidak berapa faham, inikan pula idioms yang memberikan maksud tersirat? Tetapi jika anak sudah hebat, maksudnya tanpa idioms pun dah boleh dapat markah 10/15, maka bolehlah mula menggunakan idioms pula. Berapa banyak idioms? Bagi saya tiga sahaja dah cukup. Satu dalam pendahuluan, Satu dalam cerita atau body essay. Satu lagi dalam penutup. Itu sahaja.

Saturday 25 July 2015

MAGiC POCKET - Teknik Belajar Jadi Pandai yang Terbaru HT Amir


MAGiC POCKET - ILHAM BARU dari Allah

Semalam berlangsung Bengkel Bijak Belajar 1 Khas untuk Tahun 4 & 5.

Setiap kali BBB memang BERBEZA.

Semalam timbul idea "MAGIC POCKET".

Ideanya MUDAH, MURAH & PRAKTIKAL.

Langkah 1 : Tetapkan sasaran nak TFI apa.

contoh: Nak hafal Sifir 4x8

Langkah 2 : Gunting kertas kecil, saiz kertas KuNa CaHo pun boleh.

Langkah 3 : Tulis sasaran

Contoh :   4 x 8 = 32

Langkah 4 : Tetapkan sasaran untuk 3 subjek lain dan Ulang Langkah 2  & 3.

Contoh : 1 tense BI dari Table V1 V2 V3
Contoh : 1 Bahasa Istana
Contoh : 1 Istilah Sains

Langkah 5 : Masukkan 4 Kertas Kecil tu dalam poket sekolah.

Langkah 6 : Buat Lucky Draw (jangan pilih kertas mana) untuk memilih subjek mana untuk ULANG SEBUT sekurang-kurangnya 5 kali, atau lebih. Sekali sebut akan ambil masa antara 3 ke 6 saat. Nota yang telah diulangsebut kali pertama hendaklah diPINDAHKAN ke poket seluar supaya nota dapat mendapat PELUANG untuk diulangbaca juga sehinggalah habis nota di poket baju. Kemudian proses ini diulangi untuk memindahkan nota dari seluar ke baju pula.


Nota 1 : 
Itu MP hari ini.
Esok MP lain pula.

Nota 2 :
Lucky Draw yang dibuat akan menghilangkan rasa bosan yang mungkin wujud jika hanya ada 1 nota.

Nota 3 :
Nak lebih menarik, ajak Rakan untuk bertukar-tukar MP atau rakan jadi Tukang Tanya. Memang FUN!

Nota 4:
Sehari ada 24 jam, 10 jam tidur, jadi ada 14 jam masa berjaga.
14 jam x 60 minit x 60 saat, maknanya anak kita ada 50,400 saat untuk INGAT NOTA guna Teknik MAGiC POCKET ni.
Bahagi 6 saat, maknanya ada 8,400 KALI kesempatan untuk ulang sebut nota itu

Tak perlu 8,400 KALI lah.

Katalah anak kita ulang sebut 100 kali sahaja, nota yang sama, contohnya 8x4 32   8x4   32    8x4  32, pada masa yang berbeza, saya PASTI apa yang diulangi itu AKAN TERPAHAT dalam INGATAN dia.

Dan itulah Idea MAGiC POCKET hari ini.

Sekiranya anda suka idea ini, please ajak anak buat dan update di ruangkan komen sama ada berjaya atau sebaliknya.

Sekian.

Terima kasih.


HT Amir
25.7.2015