Saturday, 25 July 2015
MAGiC POCKET - Teknik Belajar Jadi Pandai yang Terbaru HT Amir
MAGiC POCKET - ILHAM BARU dari Allah
Semalam berlangsung Bengkel Bijak Belajar 1 Khas untuk Tahun 4 & 5.
Setiap kali BBB memang BERBEZA.
Semalam timbul idea "MAGIC POCKET".
Ideanya MUDAH, MURAH & PRAKTIKAL.
Langkah 1 : Tetapkan sasaran nak TFI apa.
contoh: Nak hafal Sifir 4x8
Langkah 2 : Gunting kertas kecil, saiz kertas KuNa CaHo pun boleh.
Langkah 3 : Tulis sasaran
Contoh : 4 x 8 = 32
Langkah 4 : Tetapkan sasaran untuk 3 subjek lain dan Ulang Langkah 2 & 3.
Contoh : 1 tense BI dari Table V1 V2 V3
Contoh : 1 Bahasa Istana
Contoh : 1 Istilah Sains
Langkah 5 : Masukkan 4 Kertas Kecil tu dalam poket sekolah.
Langkah 6 : Buat Lucky Draw (jangan pilih kertas mana) untuk memilih subjek mana untuk ULANG SEBUT sekurang-kurangnya 5 kali, atau lebih. Sekali sebut akan ambil masa antara 3 ke 6 saat. Nota yang telah diulangsebut kali pertama hendaklah diPINDAHKAN ke poket seluar supaya nota dapat mendapat PELUANG untuk diulangbaca juga sehinggalah habis nota di poket baju. Kemudian proses ini diulangi untuk memindahkan nota dari seluar ke baju pula.
Nota 1 :
Itu MP hari ini.
Esok MP lain pula.
Nota 2 :
Lucky Draw yang dibuat akan menghilangkan rasa bosan yang mungkin wujud jika hanya ada 1 nota.
Nota 3 :
Nak lebih menarik, ajak Rakan untuk bertukar-tukar MP atau rakan jadi Tukang Tanya. Memang FUN!
Nota 4:
Sehari ada 24 jam, 10 jam tidur, jadi ada 14 jam masa berjaga.
14 jam x 60 minit x 60 saat, maknanya anak kita ada 50,400 saat untuk INGAT NOTA guna Teknik MAGiC POCKET ni.
Bahagi 6 saat, maknanya ada 8,400 KALI kesempatan untuk ulang sebut nota itu
Tak perlu 8,400 KALI lah.
Katalah anak kita ulang sebut 100 kali sahaja, nota yang sama, contohnya 8x4 32 8x4 32 8x4 32, pada masa yang berbeza, saya PASTI apa yang diulangi itu AKAN TERPAHAT dalam INGATAN dia.
Dan itulah Idea MAGiC POCKET hari ini.
Sekiranya anda suka idea ini, please ajak anak buat dan update di ruangkan komen sama ada berjaya atau sebaliknya.
Sekian.
Terima kasih.
HT Amir
25.7.2015
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Best
ReplyDeleteTerima kasih atas komen anda. Appreciate it. Selamat Mencuba!
ReplyDeleteTeknik bagus
ReplyDeleteGood job HT amir
ReplyDelete