Tuesday 21 April 2015

Rahsia Jadi Pandai, diringkaskan dalam bentuk FORMULA


(A) Bila saya umumkan saya ingin berkongsi RAHSIA untuk jadi PANDAI, kenapa ramai yang berMINAT?

Pertama sekali, kerana perkataan RAHSIA dan PANDAI tersebut.

Ibu bapa semua memang sentiasa DAHAGAKAN info/maklumat/teknik untuk jadikan anak mereka PANDAI. Siapa tak mahu anak jadi pandai kan?

Yang kedua, because of the word RAHSIA. Word ini lah yang mencetus responses yang sebegitu banyak. Jadi sebelum saya reveal RAHSIA JADI PANDAI, jom kita lihat dulu makna perkataan RAHSIA tersebut.


(B) Apakah itu RAHSIA?

Rahsia bermaksud sesuatu yg hanya diketahui oleh beberapa orang yg tertentu saja (tidak diketahui oleh orang ramai).

Jadi apabila saya mengatakan apa yang saya ingin beritahu ini sebagai rahsia, maka bukan bermakna saya seorang sahaja yang tahu tetapi ada orang lain yang tahu. Cuma majoriti masih belum tahu.


(C) Kenapa nak dirahsiakan?

Bukan sengaja hendak dirahsiakan. Malahan sebenarnya ini boleh dikategorikan sebagai Rahsia Yang Bukan Rahsia. Dalam BI disebut Open Secret ( is a concept or idea that is "officially" secret or restricted in knowledge but is actually widely known; or it refers to something that is widely known to be true but which none of the people most intimately concerned is willing to categorically acknowledge in public. ~ Wikipidea)

(D) Apakah CONTOH Formula Hebat Sepanjang Zaman?


Formula terhebat dan diketahui ramai ialah formula oleh Einstein seperti berikut:





Walaupun kebanyakan daripada kita TIDAK TAHU formula ini menerangkan apa sebenarnya, tapi kita tetap tahu itu adalah hasil daripada pemikiran hebat Einstein dan menjadi titik tolak kepada penemuan tenaga nuklear.

Itu FORMULA ASAS atau Akronim formulanya sahaja, ramai pasti tak faham. Jadi untuk membuatkan lebih ramai orang faham, kita boleh tulis formula itu seperti berikut :



Sekurang-kurangnya sekarang kita tahu yang formula ini melibatkan Tenaga, Jisim dan Kelajuan Cahaya. Kita mungkin tak tahu APPLIKASI atau CARA PENGGUNAAN formula ini lagi, tetapi kita ada pemahaman yang lebih sedikit tentang formula ini. Lagipun, formula itu TIADA KENA MENGENA dengan kita, jadi kenapa kita nak faham atau gunakan kan?

(E) Memperkenalkan Formula "Rahsia Jadi Pandai"

Pertama sekali saya ingin memperkenalkan SINGKATAN kepada Rahsia Jadi Pandai ini, diringkaskan dalam bentuk Formula Asas dahulu, macam Formula Einstein.



Hah! Itulah Rahsia Jadi Pandai saya. Yang diringkaskan dalam bentuk FORMULA.

Anda mungkin tertanya-tanya apakah TFI? Mungkin ada yang dah tahu.

Apakah pula B → A? Ada beberapa orang peserta Bengkel Bijak Belajar saya yang dah tahu.

Adakah anda nak tahu?

Saya boleh beritahu, jika anda CUBA hadir ke Bengkel Bijak Belajar saya. Yang terbaru di UIA pada 17hb Mei 2015 ini. Boleh baca tentang BBB tersebut dan daftar online di sini →  http://bengkelbijakbelajar.blogspot.com/p/daftar-bengkel-terkini-sekarang-sebelum.html


(F) Kenapa tak beritahu TERUS sahaja di sini?



Maaf, nak beritahu tentang rahsia ini ada masanya. Ada situasinya. Ada tekniknya.

Jika saya beritahu begitu sahaja, anda tidak akan beritahu anak anda. Jika saya beritahu sekarang anda tidak akan teruja untuk pastikan anak anda tahu.

Yang pasti rahsia ini bukan rahsia tapi Orang Barat dah tahu rahsia ini lama dah. Orang kita pun ada yang dah tahu. Tapi majoriti masih belum tahu.

Yang pasti anak-anak bila saya cerita tentang rahsia ini, mereka juga teruja. Sebenarnya anak-anak kita NAK JADI PANDAI. Sebenarnya mereka nak cemerlang. Cuma tiada orang yang tunjukkan kepada mereka BAGAIMANA. Tiada orang yang beritahu mereka sebenarnya AMAT MUDAH untuk jadi PANDAI, hanya dengan sebaris Formula seperti di atas. Ikut formula tu, PANDAILAH anak kita. Ibarat dia menjawab soalan peperiksaan tentang PURATA, dengan menulis Formula Purata = Jumlah Bahagi Bilangan, pengiraan atau penggantian nilai atau anu jadi mudah kerana ada formula. Jika tiada formula, anak akan hilang arah atau mati akal.

Jadi saya harap anda tidak rasa TERTIPU dengan pendedahan Formula Asas sahaja ini. Saya ulangi, saya perlu bercerita tentang formula RAHSIA JADI PANDAI ini dalam situasi yang khas, yang istimewa. Jika anda tinggal jauh dari KL dan tidak dapat hadir ke BBB saya di UIA, aturkanlah supaya saya dapat ke tempat anda. Baca sini jika berminat → http://bengkelbijakbelajar.blogspot.com/p/ingin-menjemput-kami.html

Itu sahaja pendedahan saya tentang RAHSIA JADI PANDAI.

Terima kasih kerana membaca.

Semoga dibukakan hati anda untuk menghantar anak ke Bengkel Bijak Belajar saya agar dia dapat belajar formula penuh RAHSIA JADI PANDAI tersebut.



Assalam.




Signed,
HT Amir
22.4.15
4.30pm



No comments:

Post a Comment