Wednesday 15 April 2015

TKC - Teknik Belajar Paling Berkesan untuk Mewujudkan dan Menaikkan Minat Anak Untuk Belajar



Apakah itu TKC?

Tunku Kursiah College? Bukan, tapi mengambil semangat kecemerlangan TKC sebagai salah satu SBP terhebat di negara ini, saya ingin memperkenalkan TKC sebagai Teknik Belajar yang TERBAIK saya pernah jumpa.

Dengan TKC ini, anak murid saya yang TERKENAL dengan kemalasan untuk belajar atau baca buku kini EXCITED nak membaca buku! Hebat tak?

Itu belum cukup hebat sebab pada ketika ini semakin ramai kenalan saya sedang mengaplikasikan TKC pada anak2 mereka. Testimoni akan mula masuk as early as tomorrow.

Bagi diri saya sendiri sebagai seorang full time Private Home Tutor, semalam sahaja saya berjaya mengaplikasikan TKC pada 3 orang tutees. Alhamdulillah, mereka suka TKC. TKC membuat mereka teruja nak belajar, gigih nak mencari soalan, komited untuk "mencipta" soalan2 yang sukar.

Apa TKC ni, saya dengar anda bertanya. Sabar......benda bagus memang kena tunggu sikit.

Sabar ya.

Saya perkenalkan TKC! Teknik KuNa CaHo......



Pertama sekali, anda perlu ada sebuah Name Card Holder (Na Ca Ho). Buku PVC ini sudah lama TIDAK LAKU di kedai alatulis kerana orang sekarang sudah tidak menggunakannya lagi., Tapi tak lama lagi pasti akan SOLD OUT dan in demand again! Saya yakin!

Step 2, design guna Excel, soalan2 atau kuiz (Ku) yang akan anda tanya pada anak. Saya ada template Excel ini. Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan template ini sila klik di link ini → http://goo.gl/YqNk9D

Maka saya gabungkan Ku + Na Ca Ho → KuNa CaHo → Teknik KuNa CaHo → TKC



Step 3, jangan lupa taipkan juga JAWAPAN kepada soalan tadi. Kemudian print atas kertas Art Card. A4 biasa boleh tapi agak nipis, mudah rosak. Print depan dan print belakang, double sided. Walla! KuNa CaHo anda dah ready untuk main dengan anak/pelajar. 



But that's not all. Masih ada lagi. Masukkan dalam NaCaHo dan sedia untuk bermain! Perhatikan keyword, BERMAIN, bukan belajar. Kalau belajar, anak sensitif.



Seterusnya anda perlu mengajar anak untuk buat KCnya sendiri, sama ada tulis tangan atau bertaip macam KC anda.

(p/s: Jika anda tak sempat nak taip KC anda sendiri, anda boleh membuat pesanan daripada saya kelak. Cuma saya masih belum decide apakah harga KC saya untuk setiap subjek. Anda hanya print depan belakang, beli kertas dan gunting....mudah kan?)

Oh ya, ada CARAnya nak mengajak anak bermain TKC ini. Bukan suruh begitu sahaja. Bukan ajak sahaja. Ada tekniknya. Agar dia minat.

Jumpa lagi.



Signed,
HT Amir
Pencipta Teknik KuNa CaHo
15.04.2015

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Sambungan......15.4.2015  5.13pm


1. Ajar anak dulu CARA nak buat KuNa
2. Then mintak dia CUBA buat satu dua KuNa dulu
3. Dah OK, bgtau dia kita akan main Game KuNa
4. Siapa jawab betul skor 1 point
5. Main 5 atau 10 KuNa satu round
6. Siapa menang setiap round dapat hadiah atau 20 sen ke (mana yang sesuai)
7. Simpan KuNa yang dah digunakan dalam CaHo atau bekas plastik.

Nota* :
====
Mudah sahaja

Contohnya dalam buku ada tulis :

Teknologi ialah pengetahuan sains yang digunakan secara praktikal dalam kehidupan manusia sehari-hari seperti dalam industri.

Lemah
======
DEPAN KAD :
T____________ ialah pengetahuan sains yang digunakan secara praktikal dalam kehidupan manusia sehari-hari seperti dalam industri.

BELAKANG KAD :
Teknologi

Sederhana
=========
DEPAN KAD :
____________ ialah pengetahuan sains yang digunakan secara praktikal dalam kehidupan manusia sehari-hari seperti dalam industri.

BELAKANG KAD :
Teknologi

Advanced/Pandai
===============
DEPAN KAD :
Teknologi ialah ____________________   ___________ yang digunakan secara __________ dalam kehidupan manusia sehari-hari seperti dalam industri.

BELAKANG KAD :
Pengetahuan Sains, Praktikal

Semoga perkongsian ini bermanfaat


p/s: Bila anak dah selesa MEMBUAT SOALAN SENDIRI berdasarkan buku, maka dia sebenarnya one step forward untuk menjadi BIJAK. Orang yang genius pandai bertanya soalan.


Bagaimana nak buat anak MINAT baca buku indirectly?
========================================
Berikut adalah contoh Case Study saya dengan anak saya sendiri.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Aqil sedang membelek buku Sains, untuk buat KuNa

Kalau saje2 dia nak bukak buku, susah nak tengok

Only this way dapat PaksaRela dia

Ayat saya simple je "Buat soalan yang paling susah untuk abah"

Siap dia jawab "Aqil confirm abah tak boleh jawab soalan ni"
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>


Update 15.5.2015

=============


Rahsia TKC - Teknik KuNa CaHo untuk lonjakkan Minat Belajar
==============================================

1. Baca blog ni untuk tahu apa itu TKC → http://goo.gl/b7ARLm

2. Anak buat sendiri, seelok-eloknya tulis tangan jer

2. Ibu/ayah boleh gunakan template excel untuk print ibu atau ayah punya TKC. Dapatkan template excel di sini → download → http://goo.gl/YqNk9D

3. Ibu/ayah main Game TKC dgn anak

4. Barulah TKC ibu/ayah jadi MILIK anak


PENTING :


* Ibu/ayah kena MAIN game TKC ni kalau nak BANTU anak.


** TAK BOLEH BAGI FREE2 kat anak

====================================================================

PARENTS di SK Puchong Utama semalam MINAT sangat dgn TKC bila saya bercerita tentang keberkesanan TKC.....anda? Tak nak tau ke?

====================================================================

Picture : The TKC of one of my tutees.....saje ajak dia 'hiaskan' TKCnya dengan kata2 semangat.



Ini salah satu teknik VISUALISATION.

Semoga Nurin makin bertambah yakin dengan dirinya dan mengamalkan TKC dgn kawan2 seperti yang saya sarankan.

Ini pula TKC tutee Hani



=====================================================================
Update : Gunakan Kad Skor (Score Card) supaya lebih menarik. Be creative, contohnya buat nama pasukan bolasepak kegemaran spt Man Utd VS Chelsea. Satu jawapan betul umpama satu sepakan penalti yang bolos.



========================================================================
UPDATE - TKC boleh dibuat dari buku atau dari memori. Contoh gambar ini semasa BBB1, peserta buat TKC dari memori. Susah sedikit jika first time buat dah guna memori. Tapi kalau dah biasa guna buku, kemudian nak buat guna memori, 100x lebih mudah!






3 comments:

  1. sangat bermanfaat...tq sir Amir

    ReplyDelete
  2. sangat bermanfaat...tq sir Amir

    ReplyDelete
  3. Thank you very much Sir Amir. Very useful indeed. Bila akan sampai ke Kota Kinabalu?

    ReplyDelete