BIODATA
PENCERAMAH
A. BUTIR-BUTIR PERIBADI & PENDIDIKAN
A1. Peribadi
Dilahirkan pada bulan
Mac 1974, Encik Amir Hamdzan bin Hamzah atau lebih dikenali sebagai HT Amir
ialah seorang Private Home Tutor, Peniaga Buku Online, Penganjur
Bengkel Bijak Belajar, dan Penceramah Motivasi.
A2. Pendidikan
Beliau mendapat
pendidikan awal di SK Segambut, Kuala Lumpur sebelum melanjutkan pendidikan
menengah rendah di SMK Maxwell, Kuala Lumpur. Setelah menjadi Pelajar Terbaik
SRP di Maxwell, beliau mendapat tawaran ke SBP Sekolah Alam Shah di Cheras,
Kuala Lumpur.
HT Amir menjadi Pelajar
Terbaik SPM dan kemudiannya mendapat Biasiswa JPA untuk melanjutkan pelajaran
di peringkat A-Levels di Tonbridge School, Kent, England. Beliau memperolehi
Ijazah Sarjana Muda Sains Pengurusan (Kepujian) dari University of Manchester,
England pada tahun 1997.
B. PENGALAMAN
BEKERJA
HT Amir pernah menjawat jawatan sebagai Eksekutif Bank, Pengurus Koperasi, dan Eksekutif Jualan di samping menjadi guru tuisyen dan private home tutor secara sambilan sejak tahun 1992. Kini beliau adalah pemilik syarikat beliau sendiri yang menjalankan perniagaan buku Terbaik Malaysia secara atas talian dan perkhidmatan pendidikan terutamanya Home Tutoring dan Online Learning serta Bengkel Bijak Belajar. Beliau adalah mantan NYDP PIBG dan pernah juga menyandang jawatan sebagai NYDP PIBG di sekolah anak-anak beliau.
.

Cikgu Amir aktif berkongsi panduan dan tips
pelajar cemerlang di beberapa blog seperti https://bengkelbijakbelajar.blogspot.com/ di mana beliau berkongsi tips
dan strategi untuk melahirkan pelajar cemerlang. Artikel dan hasil tulisan
beliau sering mendapat sambutan yang menggalakkan daripada ibu bapa yang
dahagakan kecemerlangan anak. Antara idea Cikgu Amir yang popular dan berkesan
ialah MAGIC BOX, MAGIC FILES, MAGIC WALL, MAGIC STEPS dan lain-lain yang
ternyata dapat mengubah anak minat belajar tanpa disuruh/dipaksa.
Di samping itu Cikgu
Amir juga merupakan orang pertama di Malaysia yang membuka kelas mengajar
Bahasa Inggeris untuk orang dewasa melalui Applikasi Whatsapp.
Sudah hampir 500 orang dewasa yang belajar BI dengan cara ini yang mana mereka
dapat pula mengajar anak-anak di rumah tentang asas BI. Kelas terbaru ialah
Kelas WA11 iaitu batch ke-11 dalam siri Belajar BI Melalui Whatsapp.
Sejak Dis 2014 pula Cikgu Amir mengasaskan dan mengetuai Group Whatsapp Kelab Ibubapa Anak Lahir 2003 (KIBAD) yang dianggotai oleh 200 ibu bapa yang aktif berbincang tentang peranan dan cara-cara untuk ibubapa membantu anak-anak kelahiran 2003 bersedia bagi menghadapi dan menggapai Misi 5A dalam UPSR 2015. Kini sudah lahir Group KIBAD 2004.
Pada masa ini Cikgu Amir sedang dalam proses menulis buku beliau sendiri yang bertajuk Panduan Ibu Bapa Bantu Anak Belajar Di Rumah, 100 Hari Sebelum UPSR.

C.
PENGALAMAN & JADUAL MENGENDALIKAN BENGKEL/CERAMAH
Pelbagai pengalaman,
yang boleh dicapai di link ini → http://bengkelbijakbelajar.blogspot.com/p/pengalaman.html
D.
KAEDAH DAN PENDEKATAN CERAMAH
Cikgu Amir
menggabungkan kecanggihan teknologi internet (Kuiz Online sebelum
Bengkel), teknologi komputer (Multimedia Presentation semasa
Bengkel) dan perkongsian tulus seorang ayah dan juga tutor yang
memaksimakan Teknik Ganjaran dan Hukuman.
Tagline Cikgu Amir
ialah 3S for 3P via
3O.
3S amat penting untuk melahirkan anak-anak bangsa yang
ingin BELAJAR TANPA DISURUH/DIPAKSA kerana berSemangat tinggi (S1) untuk
belajar, berSikap positif (S2) semasa belajar dan
mengamalkan Sistem kejayaan (S3) yang
efisien dan efektif.
3P bermaksud bukan hanya Pelajar yang disentuh hati
mereka tetapi Penjaga dan Pendidik kepada pelajar-pelajar tersebut juga.
3O pula bermaksud pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara Online dan Offline atau OnlineOffline (Blended) digunakan untuk mendapatkan kesan yang maksima kepada semua pihak.
3O pula bermaksud pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara Online dan Offline atau OnlineOffline (Blended) digunakan untuk mendapatkan kesan yang maksima kepada semua pihak.
Kaedah dan pendekatan
ini didapati lebih menarik, ikhlas dan praktikal kepada kedua-dua golongan ibu
bapa dan anak-anak mereka. Ibu bapa menggemari pendekatan Cikgu Amir kerana
banyak tips sebenar diberikan untuk membantu dan mendorong anak minat belajar.
Mereka boleh terus praktikkan apa yang dikongsikan apabila pulang ke rumah.
Anak-anak pula mudah
menerima saranan dan cadangan yang diberikan oleh Cikgu Amir kerana
menggunakan contoh sebenar iaitu anak beliau, pelajar2 beliau serta anak2 ahli
KIBAD kelolaan beliau. Majoriti pelajar memberi maklumbalas positif seperti
“mendapat semangat belajar”, “berasa diri lebih yakin”, “tahu cara untuk jadi
lebih pandai” dan lain-lain lagi serta berubah serta-merta sebaik sahaja tamat
berbengkel.
Malahan para guru yang
mengikuti BBB Cikgu Amir juga memberikan respons positif akan kemantapan
pengisian serta kaedah GABUNGAN MOTIVASI & TEKNIK BELAJAR yang digunakan.
E. MAKLUMAT PERHUBUNGAN
Cikgu Amir boleh
dihubungi melalui:
1) E-mel di hometutoramir@gmail.com
2)
whatsapp di talian 011-2882 0890
Terbaikkkk
ReplyDelete