Monday 22 June 2015

Rahsia Pandai Menulis Karangan Menggunakan Teknik BLANCO




Anak anda LEMAH Penulisan BM atau BI?
===============================
Cuba Teknik Blanco ini. 

1. Cari contoh karangan
2. Minta anak baca karangan asal tu sekali.
3. Fokus pada BAHAGIAN mana yang nak dipelajari hari ini. Minta anak ulang baca bahagian itu sebanyak 7 kali. Contohnya nak buat bahagian PENDAHULUAN sahaja macam dalam gambar.
4. Fotostat 5 salinan untuk di'blanco' atas perkataan2 yang berbeza
5. Gunakan 'Blanco' atau Liquid Paper untuk KOSONGKAN beberapa perkataan penting pada Salinan 1, biasanya permulaan ayat atau kata kerja atau frasa menarik.
6. Fotostat Salinan 1 sebanyak 7 keping. Minta anak isikan tempat kosong tersebut (seperti dalam gambar) sebanyak 7 kali. 
7. Ulang langkah 3 hingga 6 sehingga anak PANDAI/MAHIR/CEKAP. 

Good Luck!

p/s: Latih tubi perkataan dahulu. Ini TAHAP 1. TAHAP 2 ayat pula. TAHAP 3 keseluruhan perenggan. TAHAP 1 buat banyak2, menggunakan karangan yang berbeza. Tujuan kita nak bagi anak kita PEKA perkataan2 apa yang digunakan sewaktu menulis pendahuluan.

p/ss: kalau ada karangan dalam bentuk softcopy lagi MUDAH. Guna Micr Word untuk lukis kotak tempat kosong, then print. Boleh print banyak kali.

p/sss: Tak perlu KOSONGkan BANYAK perkataan
Jenuh anak kita nak meneka
Elok2 dia boleh minat terus dia fed-up
Kosongkan beberapa perkataan PENTING sahaja
Biar dia buat 7 kali benda yang saya tu

Kemudian cari karangan lain yang SAMA style ayat yang digunakan
Ulang semula

Ulang proses ni untuk 5 karangan

Then baru cuba mintak anak buat keseluruhan perenggan dengan menggunakan AYAT SENDIRI. Bukan ayat HAFAL.

CONTOH : 

Karangan 1
Tulis sebuah karangan yang bertajuk “Faedah Menonton
Televisyen”.
Televisyen merupakan salah satu media elektronik yang begitu meluas
penggunaannya dalam kalangan masyarakat kita kini. Hampir setiap rumah pasti
memiliki satu atau mungkin dua televisyen. Jadi, keadaan ini membuktikan bahawa
ada banyak faedah menonton televisyen kepada masyarakat.

Karangan 16
Di kawasan tempat tinggal anda satu pasar tani telah
dianjurkan. Gambarkan suasana di pasar tani tersebut.

Kampung saya, Kampung Merdeka merupakan lokasi pasar tani sejak beberapa
tahun yang lalu. Pemilihan kampung saya mungkin ada kaitan dengan
kedudukannya yang strategik kerana berdekatan dengan kampung-kampung lain
dan juga bandar Melaka.

Karangan 22
Majalah berbentuk komik ada kebaikan dan keburukannya
untuk pelajar. Bincangkan.
Komik merupakan bahan bacaan yang digemari oleh remaja kini. Amalan
membaca komik sudah menjadi sesuatu yang lumrah sehingga amalan ini
membawa pelbagai impak kepada pelajar.

Karangan 34
„Telefon merapatkan hubungan‟. Tulis sebuah karangan berdasarkan
tajuk yang diberikan.
Telefon merupakan hasil cipata seorang lelaki yang dikenali sebagai Alexander
Graham Bell. Ciptaan beliau itu kini telah menjadi salah satu alat telekomunikasi
yang popular terutama kepada generasi muda. Kini akibat perubahan teknologi
yang canggih pelbagai jenis telefon telah muncul seperti telefon talian tetap,
mudah alih dan telefon awam.

******
Cuba tengok PERSAMAAN menggunakan perkataan MERUPAKAN dalam ayat pertama pendahuluan.

Itu yang anak perlu TAHU dan PERASAN

*** Nak LEBIH NAMPAK keberkesanan teknik ini, cuba minta anak TULIS dahulu karangannya tentang tajuk itu SEBELUM dia guna Teknik ini dan SELEPAS dia guna teknik ini. BEFORE & AFTER.