Saturday 2 May 2015

TEU Satu Lagi Pencetus MINAT Belajar


Anak anda KURANG MINAT Belajar?
=============================

Saya ada satu cara nak dikongsikan agar dia jadi MINAT.

Sebelum tu tuan/puan google dulu guna frasa ini "hadiah saguhati upsr".

Tuan/puan akan dapati bahawa banyak organisasi yang MEMBERI GALAKAN kewangan kepada anak2 yang cemerlang.

Ironinya, ramai ibu bapa tidak tahu tentang Skim Galakan/Hadiah Kecemerlangan seperti itu.

Yang lebih menyedihkan, anak kita tidak tahu.

Jadi, apa kata, kita sendiri yang BUAT Skim Hadiah Kecemerlangan kita sendiri?

Maka wujudlah idea saya, yang saya namakan T.E.U, ringkasan kepada Tabung Enjoy Ujian.

Maknanya selepas Ujian (UPSR ke, PT3 ke, SPM ke), anak2 boleh "ENJOY" semua duit ibu bapanya yang diletakkan dalam TEU itu, yg masih merupakan duit ibu bapa, bukan duit dia, tapi hanya sebagai galakan kerana dia belajar.

Jadi kena tunggu sehingga Ujian akhir tahun baru boleh belanja duit itu.
Kena capai certain standard/tahap tertentu baru boleh belanja duit itu.
Baru duit itu jadi MILIK DIA 100%.
Jika pencapaian bukan 100%, dia kena KONGSI duit itu dengan semua ahli keluarga yang lain. Maybe pergi bercuti, release stress dan tension belajar. Tak perlu cari duit dah. Duit dah ada.

Yang PALING PENTING, kena bagi ARAHAN SPESIFIK tentang bagaimana nak dapat ganjaran TEU.

Bagi pelajar2 bawah kelolaan saya, saya bagitau begini :

RM1 untuk 3 perkara sahaja:

1) RM1 untuk setiap Peta Minda yang dibuat
2) RM1 untuk setiap Karangan yang disalin/ditulis (salin dulu selama sebulan. Selepas itu tukar yang ditulis pula)
3) 1 Round MAGIC BOX


Homework dan lain2 tiada ganjaran TEU.

WARNING : TEU hanya untuk pelajar yang ada masalah untuk belajar sendiri. Yang dah rajin belajar tak perlu buat lah. Dan TEU kena ikut kemampuan kita untuk beri ganjaran. Kalau mampu RM1, berilah RM1. Kalau seposen, seposenlah, Ukur baju di badan sendiri, Jangan sampai membebankan. Tapi kalau dilihat dari sudut positif, kita nak galakkan anak2 menabung atau menyimpan, jadi bagi saya tiada istilah tak mampu. Duit itu untuk masa depan. Kalau duit tak jalan, especially kalau anak anda dah hidup mewah (ada ya macam ini), buatlah ganjaran PAHALA. Iaitu duit terkumpul untuk disedekahkan ke rumah anak yatim. Lagi banyak TEU dia, lagi banyak pahala yang boleh diperolehi,

ILMU DAPAT, SIMPANAN DAPAT, PAHALA PUN DAPAT. (Pahala sedekah atau Pahala menggembirakan ibu bapa)

Sila komen dan beri pendapat anda.

Semoga perkongsian ini bermanfaat.


HT Amir
03.05.15
10.57am

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Update TEU

60 Hari sebelum UPSR.....

1. Pecahkan Tabung!

2. Kira

3. Capai PERSETUJUAN dengan anak untuk GANDAKAN TEU

No comments:

Post a Comment