Saturday 19 September 2015

I ♥ WASP Queen - Satu lagi RAHSIA anak jadi BIJAK


Siapa NAK anak dia jadi BIJAK?

Saya PASTI semua orang nak anak mereka jadi BIJAK, betul tak?

Jadi, jika saya nak OFFER kepada anda RAHSIA ini, adakah anda berminat untuk TAHU?

Jika anda berminat, teruskan membaca....

1. Apakah itu I love WASP Queen?
==========================
I ♥ WASP Queen hanyalah Gimmick, iaitu suatu CARA untuk saya mudah bercerita kepada anak-anak kita tentang Rahsia Jadi Pandai dan juga memudahkan mereka INGAT.

Dari awal lagi saya tekankan, nak Pandai mesti TFI. Jadi Gimmick itu penting untuk TFI.

I ♥ WASP Queen sebenarnya ialah akronim bagi 6 perkataan yang penting iaitu:

I - deas
- ords
- ctions
- ecrets
- erkataan
- uestions

Setiap daripada 6 perkataan itu penting untuk diingati dan diamalkan jika seseorang itu ingin jadi Pandai.

2. Apa yang diperlukan untuk buat WASP Queen ni?
========================================
Pertama sekali, anda TAK PERLUKAN DUIT untuk buat I♥WASPQ ni. Ya! Zero cost untuk mulakan aktiviti berfaedah ini.

Items yang anda perlukan hanyalah

i) 6 buah buku tulis sekolah yang dah lama atau tak dipakai lagi
ii) Balut guna kertas warna atau apa sahaja kertas kosong. Mungkin kertas kalendar tahun lepas.
iii) Colour Magic atau Marker Pen untuk labelkan buku2 tersebut

Voila! Buku2 I♥WASPQ anda dah siap!

Note: Anak boleh juga gunakan buku 555 untuk BOA, BOQ dan BOI yang boleh dibawa ke mana-mana dalam poket baju atau seluarnya untuk memudahkan dia merekod ke dalam buku. Untuk orang dewasa, saya juga sarankan untuk buat blog khas untuk ini.
My KAIZEN for today... Saya dah buat I♥WASPQueen online saya sendiri. Untuk mudah rekod. Guna HP je. Takyah tulis2 dalam buku. → http://ilovewaspqueen.blogspot.my/

3. Bagaimana nak mula GUNA buku-buku I♥WASPQ ni?
==========================================

Untuk mula menggunakan buku2 tu, anak perlu FAHAM konsep di sebalik nama I♥WASPQ.

Pertama sekali, Book of Words bermaksud kita nak pelajari sejumlah perkataan BI yang tertentu dalam sehari. Mugnkin boleh mulakan dengan 1 word dulu selama seminggu. Kemudian 2 words pada minggu ke-2 dan seterusnya, naik 1 demi 1 sehingga 5 words sehari.

Ke-2, Book of Action = B.O.A. Ini yang TERPENTING. Sebenarnya saya suka mulakan IloveWASPQ dengan buku ini. Kenapa? Hah! Yg ni anak tuan-puan kena datang bengkel saya. Kalau cerita kat sini, takde effect. Kena ada suasana Bengkel. Baru dia akan faham kenapa BOA ni amat penting.

Ke-3, Book of Secrets = B.O.S. Ini pun sama. Anak hanya akan faham apakah itu The Secrets yang saya maksudkan. Kenapa dia perlu ada BOS dan kenapa semua tu amat penting.

Ke-4, Book of Perkataan = B.O.P. Ini hanyalah the opposite of BOW. Jadi kalau BOW untuk vocabulary subjek BI, BOP pula untuk perkataan atau Kosa Kota BM.

Last but not least, B.O.Q iaitu Book of Questions. Ini yang saya PALING SUKA. Inilah paling mudah tapi at the same time paling susah nak dibuat! Hah, kenapa ada paradox sedemikian rupa? Again, hanya dapat diterangkan dan dikupas semasa Bengkel.

Maaf kalau tuan puan rasa tertipu dengan posting ini. Seolah-olah saya nak menjual Bengkel saya. Saya tak boleh nak halang tuan puan berasa demikian. Sekali lagi saya minta maaf kalau tuan puan berasa begitu. BBB1 bagi saya amat special. Kalau boleh saya nak setiap anak di luar sana merasai sendiri pengalaman menyertai BBB1. BERUBAH terus. TERUS boleh memasang TEKAD untuk jadi PANDAI. Terus ada AZAM untuk MEMBALAS jasa IBU bapa.

Yes, that POWERFUL BBB1 it is. Saya bukan perasan. Semua claims tu ada testimoni. In shaa Allah.

Akhir kata, saya harap tuan puan mendapat sedikit manfaat daripada perkongsian ini. Tuan puan dah boleh mulakan I ♥ WASP Queen sendiri kalau mahu. Saya sendiri ada I ♥ WASP Q saya. Atau boleh hantar anak tuan puan hadiri BBB1 kalau nak lebih ummmph!

HT Amir
20.9.15
11.08am

Kritikan itu BAGUS atau BOBROK?



Saya pernah dikeji kerana mengkritik format peperiksaan. Hanya kerana saya lantang memberi pendapat yang format peperiksaan satu kertas UPSR terlalu 'menekan' pelajar, tidak mencerminkan realiti kehidupan semasa rakyat Malaysia.

Tapi bila saya google, saya terjumpa artikel lama ini.....yang mana Sistem Pendidikan negara dikritik secara total. Bukan oleh orang biasa seperti saya tetapi oleh para cendekiawan, monarki dan sebagainya lagi.

Persoalan utama adalah, kenapa Double Standard? Kenapa bila orang biasa macam saya menulis, dikutuk dan dipandang remeh. Tapi bila orang yang berkedudukan dan berpangkat bersuara, tidak mengapa?

Persoalan seterusnya, mereka mengkritik 11 tahun lepas. Sudah agak lama tu. Tetapi mengapa sistem pendidikan kita masih di takuk lama? Contohnya, tahap pencapaian Bahasa Inggeris masih lemah. Kenapa?

Anda ada pendapat? Sila berikan komen di bawah.

"ARKIB : 09/09/2004

Kaji sistem peperiksaan

(WARTAWAN UTUSAN)
SEJAK negara mencapai kemerdekaan pada 1957, sistem pendidikan kebangsaan mengalami bermacam-macam perubahan. Namun, kritik sosial melihat perubahan itu menjurus kepada penguncupan minda berbanding pemikiran yang lebih lateral.
Pendidikan kita gagal kerana tidak kontemporari. Kerana tidak mahu berubah, sistem kita dicap tidak liberal.
Bukan itu sahaja, kalau menyemak balik fail-fail lama, maka kita dapati kritikan juga menyentuh kelemahan sistem, kandungan dan format.
Malah ada pandangan yang menyebut sistem pendidikan merupakan virus yang merosakkan keseluruhan sistem di institusi pengajian tinggi awam (IPTA).
Tahap pencapaian bahasa Inggeris pula sangat lemah. Perumpamaan yang diberikan oleh seorang ketua jabatan bahasa Inggeris di sebuah IPTA kepada Utusan Malaysia baru-baru ini ialah kalau sekarang pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2003 mendapat A2, maka tarafnya kepada calon SPM 1985 mungkin hanya C4.
Kritik itu bukan cerminan emotif media massa, tetapi ia datang dari segenap hierarki masyarakat, daripada orang biasa sehingga kepada anak raja, daripada seorang profesor sehingga penarik beca.
Apabila Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah mengkritik corak peperiksaan kita gagal melahirkan keaslian pemikiran, kekuatan analisis, daya imaginatif serta tidak inovatif, maka sistem pendidikan kita seolah-olah telah runtuh.
Walau yang disinggung oleh Raja Nazrin hanya aspek teknikal format peperiksaan, namun ia memberi kesan kepada keseluruhan sistem.
Buah fikiran anak raja yang memegang ijazah kedoktoran falsafah itu mempunyai wibawa dan kelayakan. Kita boleh berpegang dan berhujah atas landasan hujah beliau.
Secara yang mengkhusus, beliau menujukan kritiknya kepada corak format peperiksaan.
Maka kalau itu yang dikritiknya, yang paling layak terasa pedas paling kepalang ialah Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM).
Format peperiksaan adalah wacana teknikal. Di dalamnya terkandung aspek pedagogi, psikologi dan teknologi.
Lebih dalam lagi, ia perlu distruktur supaya sesuai dengan konsep soalan beraras, mematuhi wajaran konstruk, cakupan konteks, masa menjawab, jenis soalan, serta pelbagai aspek teknikal lain.
Pada masa yang sama, pihak yang bertanggungjawab juga cuba memperkenalkan soalan yang berkonsep Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif (KBKK) dan Kemahiran berfikir, Strategi Berfikir (KBSB).
Pelbagai teori pendidikan dari Barat dan tempatan diterapkan ketika menggubal peperiksaan.
Bagi yang mengikuti aspek rencam ini, maka sebenarnya banyak perubahan yang telah berlaku dalam penggubalan format peperiksaan dan pentaksiran dalam sistem pendidikan ini.
Lawan kepada objektiviti ialah kreativiti dan terbuka.
Satu sistem dikatakan bercorak objektif apabila semua pelajar perlu menjawab mengikut satu skema sahaja.
Sebagai contoh, kalau pelajar ditanya bagaimana hendak membuka tudung botol gabus, maka daripada perspektif di Malaysia, jawapannya ialah merendam dalam air panas. Jawapan lain tidak boleh diterima. Pelajar yang menjawab, ia boleh dibuka dengan pembuka tutup botol, juga salah, sedangkan ia sebenarnya boleh diterima. Bentuk tertutup begini dipanggil respons terhad.
Jawapan mengikut skema tidak mengundang kreativiti.
Bagi yang berlatarbelakangkan pendidikan di negara maju, misalnya di Amerika Syarikat (AS), corak pendidikan di Malaysia memang aneh. Di sana, peperiksaan adalah `berasas sekolah', iaitu tiada peperiksaan bersifat kebangsaan. Setiap daerah ada sistemnya sendiri. Jadi, kebanyakan soalan bersifat respons terbuka kerana guru tidak perlu menyemak kertas yang banyak. Guru sanggup menerima pelbagai jawapan mengikut kreativiti pelajar.
Di AS, tiada istilah `panduan menjawab peperiksaan' akibat respons terbuka yang mencambahkan kreativiti ini.
Guru sekolah yang memeriksa kertas peperiksaan pelajar.
Di Malaysia, yang mempunyai sejarah dalam hubungan kaumnya yang tersendiri, maka Dasar Pendidikan Negara (DPN) digubal untuk menyatupadukan kaum dengan acuan satu kurikulum.
Penyeragaman menimbulkan banyak kekangan teknikal seperti memeriksa terlalu banyak kertas setiap kali peperiksaan kebangsaan. Lebih parah lagi kalau soalan respons terbuka ditanya kepada pelajar. Bagaimana kalau satu soalan respons terbuka mempunyai 10,000 jawapan yang berbeza?
Oleh kerana keseragaman kurikulum di seluruh negara jugalah, maka soalan peperiksaan perlu berdasarkan konstruk sukatan pelajaran.
Kalau hendak melaksanakan corak kreativiti, guru perlu dilatih secukupnya, dan pemahaman kognitif mereka perlu dicanai sematang-matangnya.
Guru sering dikatakan gagal melaksanakan sesuatu pendekatan.
Dokumen Pembangunan Pendidikan 2001-2010 bertema Perancangan Bersepadu Penjana Kecemerlangan Pendidikan, pada halaman 83, perkara 3.75 menyebut:
``Kelemahan dalam pelaksanaan dan penyampaian kurikulum menghalang pendidikan menengah daripada memenuhi keperluan pendidikan kemahiran seperti pemerolehan dan penguasaan kemahiran generik aras tinggi, kemahiran menggunakan teknologi, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), dan kemahiran menguruskan sumber.''
Penyampaian di sini merujuk kepada cara guru dan pegawai di peringkat akar umbi melaksanakan amanah dan tanggungjawab masing-masing.
Kita juga khuatir, guru bermentaliti objektif hasil daripada sistem pendidikan objektif ini akan `kembali ke sekolah' membawa sekali pemahaman kognitif untuk disebarkan di sekolah.
Indikator terhadap corak objektif yang paling ketara ialah semua orang mahu mengejar kejayaan.
Kejayaan pula ditakrif daripada gred yang diperoleh.
Baru-baru ini, ketika berbual dengan seorang guru di sebuah sekolah di Seremban, Negeri Sembilan, beliau menggambarkan tekanan kepada indikator gred untuk calon SPM seperti berikut:
``Dulu orang cuma bertanya dapat gred berapa, sebelum nak tahu berapa agregat. Apabila SPM Pensijilan Terbuka diperkenalkan pada 2000, orang tanya berapa A, dan sekarang orang tanya berapa 7A, 8A atau 10A.''
Tekanan terhadap `berapa A' itu benar-benar memberi implikasi yang menyeluruh kepada kehidupan generasi muda di negara ini.
Yang merasakan dirinya gagal bersaing untuk mendapat berapa A ini akan memilih jalan hidupnya sendiri.
Kita perlu menangani sesuatu isu secara yang mengkhusus, tetapi sesuai dengan keseluruhan organisasi.
Sekiranya isu yang diperkatakan ialah peperiksaan, maka segala jenis penilaian di sekolah perlu dirombak.
Kita perlu bersedia menerima perubahan, dan pada masa yang sama tidak menjejaskan perpaduan kaum dan bernegara di Malaysia, seperti mana yang kita kecapi sepanjang 47 tahun ini.


Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2004&dt=0909&sec=Rencana&pg=re_01.htm#ixzz3mE96q4Lm 
© Utusan Melayu (M) Bhd "