Saturday 25 July 2015

MAGiC POCKET - Teknik Belajar Jadi Pandai yang Terbaru HT Amir


MAGiC POCKET - ILHAM BARU dari Allah

Semalam berlangsung Bengkel Bijak Belajar 1 Khas untuk Tahun 4 & 5.

Setiap kali BBB memang BERBEZA.

Semalam timbul idea "MAGIC POCKET".

Ideanya MUDAH, MURAH & PRAKTIKAL.

Langkah 1 : Tetapkan sasaran nak TFI apa.

contoh: Nak hafal Sifir 4x8

Langkah 2 : Gunting kertas kecil, saiz kertas KuNa CaHo pun boleh.

Langkah 3 : Tulis sasaran

Contoh :   4 x 8 = 32

Langkah 4 : Tetapkan sasaran untuk 3 subjek lain dan Ulang Langkah 2  & 3.

Contoh : 1 tense BI dari Table V1 V2 V3
Contoh : 1 Bahasa Istana
Contoh : 1 Istilah Sains

Langkah 5 : Masukkan 4 Kertas Kecil tu dalam poket sekolah.

Langkah 6 : Buat Lucky Draw (jangan pilih kertas mana) untuk memilih subjek mana untuk ULANG SEBUT sekurang-kurangnya 5 kali, atau lebih. Sekali sebut akan ambil masa antara 3 ke 6 saat. Nota yang telah diulangsebut kali pertama hendaklah diPINDAHKAN ke poket seluar supaya nota dapat mendapat PELUANG untuk diulangbaca juga sehinggalah habis nota di poket baju. Kemudian proses ini diulangi untuk memindahkan nota dari seluar ke baju pula.


Nota 1 : 
Itu MP hari ini.
Esok MP lain pula.

Nota 2 :
Lucky Draw yang dibuat akan menghilangkan rasa bosan yang mungkin wujud jika hanya ada 1 nota.

Nota 3 :
Nak lebih menarik, ajak Rakan untuk bertukar-tukar MP atau rakan jadi Tukang Tanya. Memang FUN!

Nota 4:
Sehari ada 24 jam, 10 jam tidur, jadi ada 14 jam masa berjaga.
14 jam x 60 minit x 60 saat, maknanya anak kita ada 50,400 saat untuk INGAT NOTA guna Teknik MAGiC POCKET ni.
Bahagi 6 saat, maknanya ada 8,400 KALI kesempatan untuk ulang sebut nota itu

Tak perlu 8,400 KALI lah.

Katalah anak kita ulang sebut 100 kali sahaja, nota yang sama, contohnya 8x4 32   8x4   32    8x4  32, pada masa yang berbeza, saya PASTI apa yang diulangi itu AKAN TERPAHAT dalam INGATAN dia.

Dan itulah Idea MAGiC POCKET hari ini.

Sekiranya anda suka idea ini, please ajak anak buat dan update di ruangkan komen sama ada berjaya atau sebaliknya.

Sekian.

Terima kasih.


HT Amir
25.7.2015

4 comments: